Wednesday, 24 October 2012


“POTRET KENANGAN”










                                                                                                       




Maklumat yang terdapat dalam Brosur :


  • Tempat penyu bertelur yang paling popular di Terengganu ialah Rantau Abang.
  • Terengganu mempunyai sebuah Taman Negara 
  • Terengganu terkenal dengan pantainya yang indah dan sesuai untuk aktiviti menyelam.
  • Terengganu terkenal dengan tempat-tempat menarik seperti tasik dan gunung.

Kepentingan brosur:
  • menyebarkan maklumat tentang pelancongan 
  • berkongsi pengetahuan tentang keistimewaan lokasi 
  • mempromosi produk pelancongan untuk menarik pelancong



Mari kita membentangkan hujah: 


Hujah-hujah yang bernas untuk menyokong pilihan lawatan ke Terengganu: 
( 3.3 Aras 1 (i))


  • Tempat-tempat pelancongan di Terengganu sudah terkenal di seluruh dunia ekoran kejayaan menganjurkan pertandingan perahu layar Piala Monsun.
  • Terengganu diwar-warkan sebagai "Negeri Cantik Budaya Menarik"
  • Budi bahasa penduduknya yang ramah.
  • Muzium Terengganu ialah muzium terbesar di Malaysia.  


Hujah-hujah yang bernas untuk menolak pilihan lokasi lawatan: 
(3.3 Aras 2 (ii) )


  • Pertandingan perahu layar Piala Monsun tidak dapat disaksikan semasa lawatan.
  • Perjalanan ke lokasi pelancongan jauh.
  • Kos perjalanannya tinggi.
  • Mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi.   


Kamus Bahasa:

diwar-warkan   : diceritakan 
lokasi   : letak, kedudukan             
destinasi   : tempat yang dituju dalam perjalanan atau tempat penerimaan sesuatu






LAYARI ISI KANDUGAN DAN KOMEN.TERIMA KASIH




Bukit Bendera

Bukit bendera terletak pada ketinggian 830 meter di atas pekan George Town. Puncak Bukit Bendera   mempunyai suhu yang dingin dengan panorama yang indah. Suhunya sekitar lima darjah celcius lebih rendah daripada paras laut.

Menurut sejarah dahulu, bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Strawberi kerana bukit ini  merupakan kawasan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang amat dingin amat sesuai bagi penanaman buah strawberi tersebut. Tetapi, sekarang sudah tiada kelihatan lagi tanaman tersebut di sini.

Bukit bendera boleh dilawati dengan dua cara sama ada mendaki ke puncak atau dengan kereta api kabel. Selain ketenangan, iklim menyegarkan dan pandangan hebat dipuncaknya, pelawat-pelawat juga boleh melihat banglo- banglo indah, kebun bunga yang cantik dan taman burung. 


Dalami maksud perkataan:
Bukit               - Kawasan tanah yang tinggi tetapi tidak setinggi gunung
Berbukit          - Mempunyai bukit
Berbukit bukit - mempunyai banyak bukit
Membukit       - Menyerupai bukit
Perbukitan      - Lapisan bumi yang berbukit bukit/ kawasan yang berbukit bukit

Uji minda:
Tiga peribahasa yang mengandungi perkataan bukit

Pepatah:                                                      
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit(pepatah) 
Maksud : 
Sesuatu yang diusahakan secara kecil-kecilan lama-kelamaanakan berhasil juga.

Pepatah:                                                                     
Ke buki tsama didaki ke lurah sama dituruni  (pepatah) 
Maksud :
Susah dan senang dihadapi bersama-sama untuk mencapai sesuatu tujuan

Perumpamaan:
Seperti anjing menyalak bukit 
Maksud:
Membuat sesuatu yang tidak mendatangkan sebarang kesan








LAYARI ISI KANDUGAN DAN KOMEN.TERIMA KASIH