SERONOKNYA MELANCONG

INDAHNYA NEGERIKU 



Negeriku ternama
berseri, indah dan ceria
destinasi utama pilihan hati.

Negeriku aman damai
pepohon nyiur melambai
menaungi pasir halus di pantai
tempat pelancong berlibur dan bersantai.

Negeriku aman sentosa
warganya bersatu hidup selesa 
menjalin harmoni rukun muafakat
di bawah naungan raja berdaulat.






Deklamasikan sajak ini dengan nada dan intonasi yang betul

Contoh cara mendeklamasikan sajak :




Mencari maksud perkataan yang berwarna daripada sajak

 destinasi

 pepohon

 berlibur

 bersantai

 muafakat

 berdaulat


Kesimpulan tentang sajak

Maksud tersurat:
  • 'Negeriku' aman, indah dan terkenal
  • Tempat tumpuan utama para pelancong
  • Rakyat hidup bersatu padu bawah pemerintahan raja 
Maksud tersirat:
  • Usaha menjadikan 'negeriku' aman, indah dan terkenal tidak sesia
  • Pelancong gemar akan suasana yang ceria dan damai
  • Keamanan menjadikan rakyat hidup bersatu dan harmoni

Info bahasa


Frasa nama:
  • destinasi utama
  • orang ramai
  • pilihan hati
  • raja berdaulat
  • pepohon nyiur






LAYARI ISI KANDUGAN DAN KOMEN.TERIMA KASIH

3 comments:

  1. Sajak di atas amat indah sekali, terima kasih atas maklumat yang diberikan cikgu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sajak yang diberi idah sekali didengar

    ReplyDelete