Wednesday 24 October 2012




Bukit Bendera

Bukit bendera terletak pada ketinggian 830 meter di atas pekan George Town. Puncak Bukit Bendera   mempunyai suhu yang dingin dengan panorama yang indah. Suhunya sekitar lima darjah celcius lebih rendah daripada paras laut.

Menurut sejarah dahulu, bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Strawberi kerana bukit ini  merupakan kawasan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang amat dingin amat sesuai bagi penanaman buah strawberi tersebut. Tetapi, sekarang sudah tiada kelihatan lagi tanaman tersebut di sini.

Bukit bendera boleh dilawati dengan dua cara sama ada mendaki ke puncak atau dengan kereta api kabel. Selain ketenangan, iklim menyegarkan dan pandangan hebat dipuncaknya, pelawat-pelawat juga boleh melihat banglo- banglo indah, kebun bunga yang cantik dan taman burung. 


Dalami maksud perkataan:
Bukit               - Kawasan tanah yang tinggi tetapi tidak setinggi gunung
Berbukit          - Mempunyai bukit
Berbukit bukit - mempunyai banyak bukit
Membukit       - Menyerupai bukit
Perbukitan      - Lapisan bumi yang berbukit bukit/ kawasan yang berbukit bukit

Uji minda:
Tiga peribahasa yang mengandungi perkataan bukit

Pepatah:                                                      
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit(pepatah) 
Maksud : 
Sesuatu yang diusahakan secara kecil-kecilan lama-kelamaanakan berhasil juga.

Pepatah:                                                                     
Ke buki tsama didaki ke lurah sama dituruni  (pepatah) 
Maksud :
Susah dan senang dihadapi bersama-sama untuk mencapai sesuatu tujuan

Perumpamaan:
Seperti anjing menyalak bukit 
Maksud:
Membuat sesuatu yang tidak mendatangkan sebarang kesan








LAYARI ISI KANDUGAN DAN KOMEN.TERIMA KASIH

4 comments:

  1. banyak betul perkataan yang boleh terbit dari perkataan "bukit".
    terima kasih cikgu!

    ReplyDelete
  2. cantiknya pemandangan, teringin nak ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memangpun, dunia ciptaan Tuhan amat indah. Sebagai manusia kita perlu menghargai kurniaanNya.

      Delete