PAK











PEMBELAJARAN ASAS KENDIRI (pak)

latihan 1 :

A) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.

  Mak Limah tersenyum puas dan bangga. Setelah bertahun-tahun belajar dan kini bergelar siswazah, susah payah Mak Limah selama ini terbalas dengan kejayaan Azman. Itulah hadiah yang tidak ternilai dapat diberikan oleh seorang anak kepada ibunya.
  Memang patut ,ak Limah berasa bangga. Lebih-lebih lagi Azman merupakan orang pertama berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Sudah tentu kejayaan inimenjadi dorongan kepada anak-anak kampung tersebut untuk mengikuti jejaknya.
  Selama empat tahun Azman belajar, selama itulah Mak Limah bertungkus-lumus dan sentiasa mengikat perut demi masa hadapan anaknya itu. Namun demikian, kegembiraan Mak Limah sekejap sahaja. Ia berasa kecewa apabila mengetahui Azman tidak mahu mengerjakan kebun kelapa sawit peninggalan arwah    suaminya.
"Apa guna kebun kelapa sawit itu jika tidak dikerjakan? Bukankah kamu lulusan dalam bidang pertanian? Sesuai benarlah kerja itu dengan kamu," kata Mak Limah memberi penjelasan panjang lebar kepada anaknya.
  "Azman lepasan universiti, ibu. Bertahun-tahun Azman memerah otak. Takkan Azman hendak bermandi peluh di kebun kelapa sawititu pula. Lagipun apa pula kata orang kampung nanti," kata Azman kepada ibunya. "Mengapa? Hina sangatkah kerja-kerja itu? Kalau kena caranya, kerja-kerja itu akan memberi pulangan dan pendapatan yang lumayan kepada kita," Mak Limah terus menasihati anak kesayangannya itu.
  Namun, Azman tetap dengan pendiriannya. Dia pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Setelah tiga bulan di sana, Azman gagal mendapat sebarang pekerjaan yang diimpikannya. Kepayahan hidup dialami di ibu kota banyak mengajar Azman erti kehidupan. Dia terkenang akan ibunya di kampung. Timbul rasa keinsafan di sanubarinya. Segala kata ibunya terngiang-ngiang kembali di telinganya.
  Azman bertekad untuk pulang ke kampung. Dia sedar akan kesilapannya yang lalu dan kata-kata ibu ada benarnya. Dia berazam untuk mengusahakan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayahnya. Dia ingin menjadi petani moden yang berjaya.


1. Apakah gambaran yang paling sesuai diberikan kepada Mak Limah dalam perenggan pertama petikan di                       
    atas?          
A. ibu yang baik dan murah hati
B. ibu yang rajin bekerja di kebunnya
C. ibu yang sentiasa bangga akan anaknya
D. ibu yang mementingkan pelajaran anaknya

2. Perkataan "jejaknya" dalam petikan membawa maksud
A. contohnya
B. langkahnya
C. teladannya
D. perangainya

3. Apakah yang memungkinkan Azman mengambil keputusan untuk pulang ke kampung?
A. Kesusahan hidup di kota besar
B. Teringat akan jasa ibunya selama ini
C. Kegagalannya memperoleh pekerjaan
D. Ingin menjadi petani moden yang berjaya

4. Pernyataan yang berikut adalah benar tentang petikan di atas, kecuali
A. Mak Limah telah kematian suami yang tersayang
B. Mak Limah menyuruh Azman pulang ke kampung
C. Azman bertekad untuk menjadi petani yang berjaya
D. Azman sukar memperoleh pekerjaan di Kuala Lupur

5. Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan tersebut?
A. Jangan mencari kerja di Kuala Lumpur
B. Jangan pandang rendah kerja kampung
C. Jangan bersikap terlalu memilih pekerjaan
D. Jangan ingkar nasihat kedua-dua ibu bapa



B) Pintar peribahasa-membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul. Isikan tempat-tempat 
     kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai. 

Budak-budak nakal itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri  
Budak-budak nakal itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri  
Budak-budak nakal itu saling menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri  

  | saling membantu | kejar-mengejar | tuduh-menuduh |saling menziarahi | saling menasihati |

1. Kedua-dua orang murid itu _____ tentang kehilangan dompet Nurul Amirah.
    Jawapannya : _____

2. Penduduk Kampung Seri Damai _____ menguruskan majlis kenduri kahwin itu.
    Jawapannya : _____

3. Dalam sesebuah keluarga, kita mesti _____ untuk kebaikan dan kebahagiaan bersama.
    Jawapannya : _____

4. Walaupun kami tinggal berjauhan, kami _____ untuk men geratkan lagi tali persaudaraan.
    Jawapannya : _____

5. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain bola sepak dan _____ untuk mendapatkan bola.
    Jawapannya : _____ 


C) Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan  menggunakan tanda baca yang betul.


1. mana beg pakaian azlan tanya ayahnya selamba
    ____________________________________

2. mengapa ibu mengalirkan air mata apakah ibu rungsingkan kakak ingin kepastian
    ____________________________________________________________ 

3. tidak lama lagi mungkin pemborong akan datang untuk mengambil sayur sayuran 
    itu kata datuk
    ____________________________________________________________

4. wahai anakku dengarlah nasihat gurumu kelak kau akan menjadi insan yang 
    berguna nasihat ibu
    __________________________________________________________

5. sempena ulang tahun saya yang ke 12 baru baru ini ayang menghadiahi saya sebuah 
    basikal lerun
    ______________________________________________________________


 D) Pilih kata ganti nama yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

1. Azman belajar di ____ yang berdekatan dengan rumahnya.
    A. surau
    B. dewan
    C. pondok
    D. sekolah

2. Saiful Apek ialah ____ utama dalam filem komidi "Jutawan Fakir".
    A. pelakon
    B. penyanyi
    C. pengarah
    D. pengacara

3. Emak membungkus kuih koci di ____ bersama-sama kakak.
    A. stor
    B. bilik
    C. dapur
    D. dewan

4. Banyak orang suka dan asyik membeli-belah di ____ Tungku Abdul Rahman.
    A. Jalan
    B. Dewan
    C. Premis
    D. Memorial

5. Pelancaran ____ disempurnakan oleh Perdana Menteri minggu lepas.
    A. Gen 2
    B. Daya Bumi
    C. KLIA Sepang
    D. Wisma MPSA 

6. Sebagai ____, beliau telah berjaya menghasilkan lima buah novel remaja.
    A. penyair
    B. pendeta
    C. peyajak
    D. pengarang

7. Adik Nurhazem bergaya dengan ____ baru yang baru dibeli oleh ayah.
    A. katil
    B. buku
    C. meja
    D. kasut

8. Encik Latif dipilih sebagai "____ Jaya" pada tahun ini.
    A. Pengail
    B. Pelawat
    C. Pemburu
    D. Peladang

9. ____ terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di Malaysia.
    A. Melaka
    B. Parlimen
    C. Petronas
    D. Puduraya

10. Setiap hari minggu, banyak orang mengambil kesempatan beristirehat di Tasik ____.
      A. Canon
      B. Pasifik
      C. National
      D. Titiwangsa


E) Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.
   

1. Se____ sampah diangkut oleh pekerja Majlis Perbandaran, Teluk Intan.
    A. timbun
    B. rumpun
    C. mayang
    D. kelompok

2. Pak Cik Samat hanya mampu menanam lima puluh ____ benih padi di bendangnya setiap hari.
    A. bilah
    B. cekak
    C. gelung
    D. kajang

3. ____ bunga daripada kulit kulit siput itu terletak di meja makan.
    A. Kepingan
    B. Angkatan
    C. Karangan
    D. Timbunan

4. Siti memasukkan beberapa ____ manik yang bertaburan itu ke dalam bekas kecil.
    A. butir
    B. ketul
    C. buah
    D. bongkah

5. "Ada se____ rambut dalam bungkusan nasi lemak itu," kata Sarimah kepada adiknya.
    A. urat
    B. ketul
    C. buah
    D. bongkah

6. Ayah mengumpulkan beberapa ____ papan yang sudah digergajinya.
    A. urat
    B. ketul
    C. helai
    D. keping

7. Mohd Roshdan memiliki se____ Ijazah Kejuruteraan Awam Kelas Pertama dari Universiti                                  
    Teknologi Malaysia.
    A. rawan
    B. bentuk
    C. gelung
    D. gulung

8. Abang hanya makan se____ nangka kerana tidak ada selera makan.
    A. biji
    B. ulas
    C. suap
    D. tongkol

9. Beberapa ____ tomato digunakan untuk menghiasi masakan itu.
    A. iris
    B. biji
    C. butir
    D. buah

10. Beberapa ____ ikan berenang-renang di dalam kolam itu.
      A. pasang
      B. bungkus
      C. kelompok
      D. gerombolan



latihan 2 :

A) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.

 Pada hari itu Azlan tidak ke sekolah kerana dia sedang bercuti. "Azlan! Sudahkan ayam-ayam itu diberi makan? Kalau sudah, marilah kita angkut sayur-sayuran ini. Tidak lama lagi, mungkin pemborong akan datang untuk mengambilnya," kata datuknya. Azlan hanya menurut perintah Haji Karim tanpa banyak soal.
Di samping tu, dia sungguh gembira kerana dapat membantu datuknya yang sudah tua.
  Masuk hari ini, sudah dua minggu dia berada di kampung datuknya untuk menghabiskan cuti sekolahnya. Esok, ayahnya berjanji akan datang untuk menjemputnya pulang semula ke bandar. Sungguh berat dan sayu rasa hatinya untuk meninggalkan datuknya seorang diri. Jauh dari sudut hati kecilnya, dia terasa ingin tinggal disitu sahaja. Namun, hasratnya itu terpaksa dipendamkan kerana bimbang nanti ayah dah ibunya tidak setuju,
  Hari yang ditakuti olehnya, akhirnya menjelma juga. Pada petang esoknya, ayah dan ibunya serta pembantu rumahnya telah sampai untuk menjemputnya. Dia cuba berlagak seperti biasa bagi menyembunyikan kesedihan hatinya. Azlan tidak mempedulikan kehadiran ibu bapanya. Daripada perlakuan Azlan, ayahnya tahu bahawa anaknya itu tidak mahu pulang ke bandar dan ingin tinggal bersama-sama datuknya lebih lama di kampung.
  Apabila semuanya telah selesai, barulah Azla keluar menemui ayahnya. "Mana beg pakaian Azlan?" tanya ayahnya selamba. Azlan berlari ke bilik dan mengambil beg pakaiannya. Dia membisu seribu bahasa. "Pakaian ini tidak cukup," kata ayahnya. "Nanti ayah bawakan pakaian tambahan kamu ke sini," jelas Encik Haiqal lagi.
  Azlan hairan dengan apa yang didengar dari mulut ayah dan ibunya. Datuknya pula hanya tersenyum sinis memandangnya. Setelah itu, barulah Azlan memahami maksud ayah dan ibunya. Dengan linangan air mata, dia memeluk kedua-dua orang tuanya sambil mengucapkan terima kasih. Mereka terus ke ruang tamu menikmati juadah yang telah disediakan oleh Puan Faridah dan Mak Cik Herunah. Mereka menjamu selera sambil berbual mesra pada petang itu.


1. Apakah tujuan Azlan berada di kampung ayahnya?
    A. Untuk menghabiskan cuti sekolahnya
    B. Untuk memberi makan ayam-ayam datuknya
    C. Untuk menikmati suasana tenang di kampugnya
    D. Untuk menolong datuknya mengerjakan kebun

2. Nyatakan keinginan Azlan setelah tinggal beberapa hari bersama-sama datuknya?
    A. Mempelawa datuknya tinggal di bandar
    B. Hendak bersekolah di kampung datuknya
    C. Ingin menambah percutiannya di kampung
    D. Mengajak ayah dan ibunya tinggal di kampung

3. Mengapakah Azlan berasa berat hati hendak pulang ke rumahnya di bandar?
    A. Kerana datuknya sudah tua dan uzur
    B. Kerana bimbang akan kesihatan datuknya
    C. Kerana hubungan mesranya dengan datuk
    D. Kerana dia berasa tidak selesa hidup di bandar

4. Semasa ayah dan ibu Azlan sampai di kampung untuk menjemputnya pulang ke bandar, sudah berapa    
    harikah Azlan berada di rumah datukya?
    A. 12 hari
    B. 13 hari
    C. 14 hari
    D. 15 hari

5. Siapakah yang mungkin telah mengetahui keputusan ayah Azlan dan ibu Azlan untuk melanjutkan                                               
    percutian anaknya di kampung?
    A. Haji Karim
    B. Encik Haiqal
    C. Puan Faridah
    D. Mak Cik Herunah 

B) Pintar peribahasa- membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul.
     Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.

Puan Kamariah membeli kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi. 
Puan Kamariah membeli kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi.  

1. Kawasan ____ itu akan dibangunkan oleh pihak kerajaan negeri Pahang.
    (pedalaman/ pendalaman)
    Jawapannya : ____

2. Pemandu kenderaan mesti berhati-hati semasa melalui kawasan ____ itu.
    (berbahaya/merbahaya)
    Jawapannya : ____

3. Muhammad Syahmi ____ kejayaan cemerlang 5A dalam UPSR tahun lalu.
    (memperoleh/peroleh)
    Jawapan : ____

4. Para pekerja sedang ____ jalan menuju ke kawasan hutan reakriasi itu.
    (memperlebar/memperlebarkan)
    jawapannya : ____

5. Cikgu Ali sedang ____ carta penulisan Bahasa Melayu kepada murid-muridnya.
    (memperlihat/memperlihatkan)
    Jawapannya : ____


C) Salin ayat ayat di bawah ini semula dengan menggunakan imbuhan yang betul pada kata bergaris.


1. Lauk-pauk sudah hidang apabila kami tiba di rumah Puan Jamilah.
    __________________________________________________

2. Nenek sedang menghirup secangkir kopi sambil lunjur di ruang tamu.
    ____________________________________________________

3. Banyak pekebun kecil getah di kampung saya mula ladang kelapa sawit.
    ______________________________________________________

4. Encik Kamaruddin kerja sebagai kerani akaun di firma itu sejak tahun lepas.
    _________________________________________________________

5. Pak Cik Omar sandar pada pokok kelapa tu setelah selesai menebas rumput.
    __________________________________________________________


D) Pilih kata ganti nama yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.
  

 1. Kami tidak pasti ____ dia akan datang ke Pulau Langkawi.
    A. bila
    B. apa
    C. mana
    D. apabila

2. "Tuan-tuan, pilihlah ____ buah durian yang anda suka," kata peniaga itu.
    A. bila-bila
    B. siapa-siapa
    C. kalau-kalau
    D. mana-mana

3. Tiada siapa yang tahu ____ Jamil pergi dengan tergesa-gesa.
    A. bila
    B. situ
    C. apabila
    D. kenapa

4. "____ yang berbuat salah dia perlu bertanggungjawab," sindir Khadijah.
    A. bila
    B. situ
    C. apabila
    D. kenapa

5. Sekolah Wawasan yang baru dibina itu terletak tidak jauh dari ____
    A. ini
    B. sini
    C. situ
    D. sana

6. Kejohanan sukan itu telah berlangsung selama tiga hari bermula ____
    A. lusa
    B. nanti
    C. esok
    D. kelmarin

7. Murid-murid kelas Enam Enovatif ____apabila Cikgu Jamalullail marah kerana tidak 
    menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
    A. menikus
    B. menyinga
    C. memberang
    D. membangsing

8. ____ moral di kalangan murid sekolah rendah kini amat membimbangkan.
    A. kualiti
    B. kejatuhan
    C. keruntuhan
    D. kelonggaran

9. Kakak ____ kepalanya ke bahu emak apabila mengetahui berita buruk itu.
    A. melekapkan
    B. mendekatkan
    C. mengenakan
    D. menundukkan

10. Kini, pihak kerajaan ____ syarat-syarat pemilikan permit kerja bagi pekerja asing di negara kita.
      A. mengetatkan 
      B. membesarkan
      C. menghantarkan
      D. mengemaskinikan

E) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini. 


1. Anggota tentera itu sedang menggilap kasutnya hingga ____.
    A. berkilat
    B. berkilau
    C. bersinar
    D. berpinar

2. Kakak menyuruh saya mengambil kotak di atas para-para yang tinggi itu kerana kakak tidak ____ 
    untuk mengambilnya.
    A. tercapai
    B. terambil
    C. terbilang
    D. terangkat

3. Setelah berlanggar, van itu terus ____ ke dalam gaung yang curam.
    A. tersasar
    B. dicampak
    C. melayang
    D. menjunam

4. Pemuda itu ____ adiknya yang cedera parah dalam kemalangan pagi tadi.
    A. menarik
    B. mencuit
    C. mengheret
    D. mendukung

5. Untuk sampai di dusun itu, kamu mesti melalui sebatang jambatan gantung yang ____ Sungai Bikam.
    A. melintasi 
    B. merentangi
    C. menghubungi
    D. menyeberangi

6. Persahabatan mereka semakin ____ semenjak tinggal berjauhan.
    A. intim
    B. karib
    C. akrab
    D. renggang

7. Murid-murid kelas Enam Enovatif ____ apabila Cikgu Jalamullail marah kerana tidal menyiapkan kerja
    rumah yang diberikan.
    A. menikus
    B. menyinga
    C. memberang
    D. membangsing

8. ____ moral di kalangan murid sekolah rendah kini amat membimbangkan.
    A. kualiti
    B. kejatuhan
    C. keruntuhan
    D. kelonggaran

9. Kakak ____ kepalanya ke bahu emak apabila mengetahui berita buruk itu.
    A. melekapkan 
    B. mengenakan
    C. mendekatkan
    D. menundukkan

10. kini, pihak kerajaan ____ syarat-syarat pemilikan permit kerja bagi pekerja asing di negara kita.
      A. mengetatkan
      B. membesarkan
      C. menghantarkan
      D. mengemaskinikan


     













LAYARI ISI KANDUGAN DAN KOMEN.TERIMA KASIH

1 comment:

  1. Latihan yang diberikan amat padat sekali, terima kasih cikgu! :)

    ReplyDelete