BAHASA ISTANA
BAHASA ISTANA BAHASA BIASA
-Almarhum -Allahyarham
-ampun kurnia -maaf
-anugerah -beri ; hadiah
-baginda -dia(raja menyapa
rakyat)
-beradu -tidur
-barangkat -berlepas ; bertolak
-bercemar duli -berjalan ; pergi ke
-berkenan -sudi ; suka akan
-berputera -beranak ; bersalin
-bersabda -berkata
-bersiram -mandi
-bertitah -berkata
-beta -saya(raja)
-daulat -bahagia
-gering -sakit
-hari keputeraan -hari jadi
-hulu -kepala
-iram-iram -payung
-kaus -kasut
-kurnia -beri ; hadiah
-mahkota -topi
-makam -kubur
-mangkat -mati ;
meninggal dunia
-menghadap -menjumpai
-murka -marah
-patik -saya
-peraduan -tempat tidur
-permaisuri -isteri
PERIBAHASA
-Peribahasa ialah susunan kata-kata yang mengandungi teladan dan pengajaran, dipilih khas serta mempunyai makna tertentu.
-Peribahasa dicipta orang-orang Melayu pada masa dahulu hasil daripada pengalaman dalam kehidupan sehari-harian mereka.
-Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, kiasan dan kata-kata hikmat,
SIMPULAN BAHASA.
-Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas.
-Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua perkataan yang mempunyai makna yang padat dan tepat.
-Senarai simpulan bahasa dan maksudnya adalah seperti yang berikut :
Abu Dajal =orang yang mempunyai sikap atau perangai yang jahat.
bagi muka = terlalu dimanjakan
cacing kepanasan = tidak selesa duduk, rimas, resah
dalam tangan = pasti dapat
gaji buta = mendapat gaji tanpa bekerja
PERUMPAMAAN.
-Perumpamaan ialah peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan apa-apa yang ada di
sekeliling kita.
-Perumpamaan biasanya menggunakan kata bagai, laksana, umpama, bak, macam, ibarat,
seperti dan sebagainya.
abu di atas tunggul = kedudukan yang tidak tetap, bila-bila sahaja boleh
disingkirkan
balak terendam = orang gemuk yang malas bergerak
cacing kepanasan = tidak tenang dan selalu gelisah
delima merekah = keadaan mulut yang baik
embun di hujung rumput = kasih sayang yang tidak berkekalan
BIDALAN.
-Bidalan ialah susunan kata yang telah digunakan secara umum untuk melahirkan fikiran
yang tajam dan tepat.
-Dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.
-Bidalan juga dikenal sebagai 'madah pujangga' atau 'kata orang-orang tua'.
-Senarai bidalan dan maksudnya adalah seperti yang berikut :
ada gula ada semut = apabila ada sumber rezeki, akan banyaklah
orang yang berkumpul di situ
bagaimana acuan begitulah kuihnya = sesuatu itu menurut asalnya
diam penggali berkarat = ilmu yang disimpan sahaja lama kelamaan akan
hilang
jauh panggang dari api = jawapan yang tidak benar atau salah sama sekali
menepuk air di dulang = mendapat malu sendiri
PEPATAH.
-Pepatah ialah rangkaian perkataan yang berkerat-kerat atau berkait-kait.
-Pepatah juga seakan-akan sama dengan bidalan.
-Senarai pepatah dan meksudnya adalah seperti yang berikut :
ada air ada ikan = rezeki itu ada di mana-mana
bapa borek anak rintik = seorang anak biasanya mengikut perangai
ibu bapanya
lain padang lain belalang = sesebuah negara mempunyai adat yang
berbeza
lembu punya susu, sapi dapat nama = orang lain yang berusaha,
orang lain yang mendapat
sanjungan.
masak di luar, mentah di dalam = seseorang yang kelihatan baik hati tetapi
sebenarnya tidak.
BANDINGAN/KIASAN.
adil seperti hakim
baik seperti malaikat
cantik seperti bidadari
dalam seperti lautan
gagah seperti gergasi
KATA-KATA HIKMAT.
-Kata-kata merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberi pengajaran,
teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kita.
-Lazimnya kata-kata hikmat adalah ringkas tetapi mempunyai pengertian yang mendalam
dan dapat digunakan dalam kehidupan harian.
-Senarai kata hikmat dan maksudnya adalah seperti yang berikut :
bahasa jiwa bangsa = bahasa merupakan identiti atau lambang sesuatu bangsa
kata dikotakan = kita hendaklah menunaikan janji
masa itu emas = jangan membazir masa dan gunalah dengan sebaiknya
ilmu pelita hati = ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada
kehidupan manusia
membaca itu jambatan ilmu = ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui
pembacaan
HUKUM DM
1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan kata-kata untuk membentuk frasa nama
dalam ayat.
2. Kesalahan timbul apabila hukum DM dilanggar sewenang-wenangnya.
Contoh-contoh :
SALAH BETUL
lain-lain hal hal-hal lain
Malik Kedai Runcit Kedai Runcit Malik
goreng pisang pisang goreng
cili sos sos cili
mini estet estet mini
KATA PEMERI
1. Kata pemeri terdiri daripada 'ialah' dan 'adalah'.
2. Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama.
3. Kata pemeri 'adalah' menunjukkan huraian atau keterangan dan hadir di hadapan
frasa nama dan frasa sendi.
Contoh ayat menggunakan kata pemeri 'ialah' :
1. Kereta yang berada di tepi padang itu ialah kereta Proton Wira.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam.
3. Bapanya ialah seorang doktor gigi.
Contoh ayat menggunakan kata pemeri 'adalah' :
1. Kasut yang dipakainya itu adalah daripada kulit buaya.
2. Makanan yang ditempahnya itu adalah untuk anak-anak yatim.
3. Burung di dalam sangkar itu adalah daripada spesis yang sama seperti yang terdapat
di dalam buku ini.
LATIHAN
Tulis kata pemeri yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.
1. Puan Anjali _______________ Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tasik Perdana.
2. Gajah _______________ haiwan darat yang terbesar di dunia.
3. Masjid ________________ tempat ibadat bagi orang yang beragama Islam.
4. Aris _______________ pekerja sambilan di Syarikat Unggul.
5. Tujuan pertandingan itu _______________ untuk mencungkil bakat murid-murid.
6. A. Samad Said _____________ seorang tokoh sasterawan yang banyak berjasa kepada negara.
7. Basikal baru itu _________________ untuk adik sempena hari jadinya yang kesembilan.
8.Jalaluddin ____________ seorang pelakon yang sungguh berbakat.

Banyak perkataan baru yang dapat saya pelajari dari segmen ini. Terima kasih!
ReplyDeleteTerima kasih juga kerana meluangkan masa melayari blog ini.
Delete